Profile Preview

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan gerakkan dariNya jua dapat saya lahirkan satu blog yang bagi saya amat bermakna. 

Ini kerana, blog ini merupakan blog yang akan menjadi inspirasi buat diri saya sendiri dan juga motivasi buat diri sendiri untuk terus 'jatuh cinta' dengan dunia masakkan.

Baiklah, nama saya Norazah binti Aziz. Berusia 34 tahun serta berasal dari Kuantan Pahang. Telah mendirikan rumahtangga bersama Imam saya yang bernama Zulkarnain bin Ahmad.

Mula jatuh cinta dengan dunia masakkan setelah di asak oleh suami supaya saya memasak makanan kegemarannya sewaktu suami saya belajar di Jordan dulu iaitu Moussaka.

Selama ni pun memang selalu masak, tapi taklah sampai tahap macam ni fall in love tu lain macam :)

Lain macam tu sebab, Moussaka ni dah mula mendapat tempat di hati customer-customer saya yang pertama kali mencuba dan akhirnya order lagi untuk kali yang seterusnya.

Subhanallah...

Dan setakat ini saya hanya mempraktikkan 2 menu dan bersedia untuk menerima tempahan iaitu :

1) Moussaka
2) Fruits Cheese Tarts

Setakat ini dulu preview saya untuk tatapan sahabat yang sudi menjegah :)

Semoga bermanfaat untuk diri saya dan diri sahaabat semua :)

No comments:

Post a Comment